Selepas pendedahan melalui video oleh wanita yang dikenali sebagai Noor Maszura Abu Bakar atau Kak Zab mendakwa telah ditipu oleh Datuk Hattan menyebabkan diisytiharkan muflis dan berhutang hampir RM1 juta.
LIHAT : (Video) Datuk Hattan Didakwa Tipu RM1 Juta
Tetapi macam biasa, siapa yang nak mengaku kesalahan sendiri bukan? Hattan semalam mengatakan dakwaan wanita tersebut adalah fitnah dan akan menyaman wanita tersebut.
Cerita tersebut semakin panas apabila Kak Zab sekali lagi tampil mendedahkan bukti dokumen syarikat yang tertera nama sebenar Datuk Hattan iaitu, Mohd Shukri bin Shahabuddin berserta tandatangannya.
Komen Kak Zab di laman sosial Facebook disertakan dengan bukti dokumen yang tertera nama Hattan ;
“Celah mana aku nak fitnah… nama kau memang terpampang dalam dokumen syarikat. Mohd Shukri bin Shahabuddin nama kau kan? Siap ada tanda tangan kau.
“Ni memang bukti-bukti syarikat tu memang dia yang punya dulu. Keluarkan nama dia, masukkan nama kami. Lepas tu dia buat pinjaman semua… Kata aku fitnah.. jangan buat cerita bodoh la beruk,” – Kak Zab.
Kita tunggu maklumbalas daripada Hattan dengan isu ini walaupun dia telah membuat laporan polis semalam.
ArtisBuzz – Rasa-rasa ada tak Datuk Hattan dalam Mentor Milenia minggu ni?
Leave a Reply