Selepas video suami Lana Nodin yang didakwa sebagai “road bully” oleh pemandu Singapura tempohari, Lana Nodin tampil memberi penjelasan cerita sebenar yang berlaku dengan suaminya, Mohd Daud McKienzie dan pemandu Singapura itu.
LIHAT : (Video) Lana Nodin & Suami Didakwa “Road Bully” Oleh Pemandu Singapura
Lana Nodin menjelaskan suaminya pada mulanya bersabar untuk berbincang dengan lelaki Singpura tersebut, namun lelaki itu tidak mengaku kesalahannya malah tidak meminta maaf.
“Suami saya pada awalnya cuba bersabar dan bercakap secara baik tetapi lelaki itu tetap tak nak mengaku kesalahannya malah tidak meminta maaf pun.
“Suami saya mengajak lelaki itu membuat laporan di balai polis berdekatan tempat kejadian, namun dia menolak.
“Kalau betul dia tak salah, kenapa takut nak buat laporan? Malah saya pelik kenapa pula dia nak memuat naik video,” – Lana Nodin.
Daud yang bengang kerana kereta Toyota Alphard yang dipandunya calar pada bahagian tepi sebelah pemandu dan meminta butiran peribadi pemandu itu tetapi lelaki Singapura itu enggan bekerjasama.
Okay, dah faham cerita sebenar? Kalau dilihat dalam video tersebut, pemandu Singapura tu pun bukan betul pun lorong jalan yang dilaluinya sebab garisan kuning kot?
Leave a Reply