(Video) Lana Nodin & Suami Didakwa “Road Bully” Oleh Pemandu Singapura

Baru-baru ini, Lana Nodin ada mengatakan yang akan memastikan yang anak-anaknya akan bersekolah dan mendapat didikan agama.

Hari ini, timbul pula cerita lain mengenai pelakon Lana Nodin dan suaminya, Daud McKienzie didakwa oleh pemandu Singapura sebagai “road bully” kerana perselisihan faham antara suami Lana dan pemandu Singpura tersebut.

Menurut isteri pemandu Singapura itu, suaminya yang bekerja di Johor Bahru ketika itu dalam perjalanan pulang ke Singapura dan sedang berbaris menunggu giliran semasa jalan sesak. Secara tiba-tiba kereta jenis Toyota Alphard yang dipandu oleh Daud terus memotong giliran dan terus melanggar kereta suaminya. Kejadian ini berlaku di Laluan Kedua Malaysia-Singapura pada 14 Mac lepas sekitar jam  6.30 petang.

My husband was on the way home from his office in JB. The road was quite jammed. A driver then tried to cut in front of my husband’s car. My husband stopped his vehicle. The driver continued going forward and hit his car. He alighted after that and scolded my husband.

Okay, itu kata isteri kepada pemandu Singpura tersebut. Namun jika dilihat daripada video, Daud memang memotong giliran tetapi keretanya telah masuk ke laluan kereta pemandu Singapura itu tetapi pemandu Singapura terus memandu keretanya walaupun kereta Daud dekat dengan keretanya.

Jadi, kereta siapa yang melanggar? Ya, memang kereta Daud dilanggar oleh pemandu Singapura itu.

Daud terus keluar daripada kenderaan yang dipandunya dan bersemuka untuk berbincang dengan pemandu Singapura itu. Tetapi dalam perbincangan itu, Daud ada mengeluarkan beberapa perkataan kesat terhadap pemandu Singapura itu.

VIDEO LANA NODIN & SUAMI DILABEL “ROAD BULLY”

Lana Nodin & Suami Didakwa "Road Bully" Sebab Potong Giliran

Lana Nodin & Suami Didakwa "Road Bully" Sebab Potong GiliranCerita sebenar : http://www.artisbuzz.com/lana-nodin-suami-didakwa-road-bully-oleh-pemandu-singapura/

Dikirim oleh ARTISBUZZ pada Jumat, 17 Maret 2017

Kenyataan daripada pihak pemandu Singapura sahaja yang kita ketahui setakat ini. Bagaimana dengan kenyataan daripada Lana Nodin dan suaminya? Kita tunggu penjelasan daripada Lana Nordin mengenai isu “road bully” ini.

ArtisBuzz – Tak faham, apa motif Lana Nodin selfie masa tu? 

1 Trackback / Pingback

  1. “Suami Saya Bukan Jenis Baran & Kurang Ajar” – Lana Nodin

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*