Sebelum ini Fynn Jamal pernah dikaitkan dan dituduh sebagai penganut fahama Syiah apabila seringkali memakai jubah berwarna hitam. Namun kali ini, imej terbarunya yang mengenakan niqab telah memuatnaik sebuah video di Instagram yang menerangkan solat lelaki dan perempuan adalah sama.
Namun, rata-rata netizen marah dan Fynn Jamal dikecam di laman sosial mengenai video Fynn Jamal yang sebenarnya bertujuan berdakwah itu.
Video tersebut mungkin sudah dipadam kerana kami dapati video tersebut sudah tiada di dalam akaun Instagram milik Fynn Jamal.
Entah daripada mana Fynn Jamal memperolehi sumber tentang cara solat itu dan video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-rata mengecam tindakan Fynn yang seakan memandai-mandai mengeluarkan fatwanya sendiri.
Bukan sahaja mendapat perhatian netizen, seorang ahli ulama membidas dan menerangkan sebenar solat lelaki dan perempuan menerusi akaun Facebook ‘nya, Ustaz Abdul Rahman Dan Zaujah. Di bawah adalah pandangan Ustaz Abdul Rahman Dan Zaujah mengenai isu ini.
VIDEO FYNN JAMAL TERANGKAN INFO SOLAT LELAKI DAN PEREMPUAN
Jangan Solat Macam Anjing – Fynn Jamal
"Jangan Solat Macam Anjing" – Fynn Jamal – www.artisbuzz.com
Dikirim oleh ARTISBUZZ pada Rabu, 15 Maret 2017
Manakala ini adalah perkara dan penjelasan tambahan oleh al-faqir ;
1. Saya bukan nak menyerang. Tapi cuma nak bagi terang. Supaya lepas ni jangan mudah menghukum salah.
2. Saya juga dengan rendah hati ingin menasihatkan artis tersebut agar mencari guru fiqh yang bermazhab dan bukan yang baru nak mula mencipta mazhab. Nasihat ini juga ditujukan kepada semua yang membaca tulisan yang tidak seberapa ini.
3. Akhir sekali, saya menolak sekeras-kerasnya perbuatan orang-orang yang mencaci artis tersebut. Sayangilah dia. Firaun yang jahat tu pun Allah suruh Nabi Musa dakwah dia dengan lembut. Kamu ingat si artis tu lagi jahat dari Firaun ke? Atau kamu rasa kamu lagi mulia dari Nabi Musa?
Semua maklum yang hukum hakam tentang agama ini sangat sensitif dan jika tersilap sudah pasti mendatangkan kemudaratan. Kalau nak berkongsi sesuatu mengenai agama, pastikan daripada sumber yang betul dan tepat, jangan main terkam sahaja.
TehPanas – Niat dah baik, tapi ‘guru’ tak berapa betul…
Leave a Reply