Mesti ramai yang sudah tahu yang rumah banglo mewah milik Datuk Aliff Syukri yang terletak di Kota Damansara telah dijual kepada pengasas kosmetik, Nur Sajat dengan nilai RM7 juta.
Selepas rumah banglo mewahnya dijual, Datuk Aliff dan keluarganya menetap di rumah sementaranya yang berkonsepkan ala kampung sementara menunggu rumah agamnya yang menelan belanja RM20 juta berkonsepkan istana British siap sepenuhnya.
Datuk Aliff memuat naik foto rumah ala kampungnya itu di Instagram berserta kapsyen yang menunjukkan Datuk Aliff merasa kurang selesa menetap di rumah berkenaan yang mempunyai 8 buah bilik sahaja dan rumah yang agak kecil serta persekitaran yang sunyi.
Selepas memuatnaik gambar dan kapsyen yang didakwa riak oleh netizen, seperti biasa netizen akan menjalankan tugas untuk mengkritik dan kecam terhadap Datuk Aliff yang didakwa riak dan tidak pandai bersyukur dengan rezeki yang diberikan.
Sebenarnya, tujuan Datuk Aliff memuatnaik gambar dan kapsyen rumah ala kampungnya itu hanya untuk berkongsi dengan rakan-rakan di laman sosial. Tapi netizen pulak yang sentap! Lihat di bawah ya!
Mungkin netizen ramai yang emosi dengan BR1M ditolak atau tidak lulus baru-baru ini. Ahaks!
Tapi, Datuk Aliff sedar akan khilafnya dan terus tampil untuk meminta maaf kepada semua yang terasa hati dan mendakwa dirinya riak.
ArtisBuzz : Sekarang ni zaman tak boleh silap, silap sikit wajib kena kecam. Jangan lupa, terlajak laris!
Leave a Reply