Datuk Seri Vida Bayar Semua GST Berjumlah RM4.2 juta

Datuk Seri Vida sebelum ini berdepan dengan masalah atas 6 tuduhan gagal membayar GST dari 1 April 2015 hingga 31 Julai tahun lalu mengikut Seksyen 41(7) Akta GST 2014.

BACA : Gambar Dato’ Seri Vida Ketika Muda Yang Membuatkan Anda Tergamam

Akhirnya, Datuk Vida atau nama sebenar Datuk Seri Dr Hasmiza Othman akur dan membayar semua cukai sejumlah RM4,246,029.10 semalam dan permohonan untuk menarik balik 16 pertuduhan gagal membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dibenarkan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran mengesahkan pembayaran semua cukai yang berjumlah RM4,246,029.10 itu sudah diterima oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Lepas ni bolehlah Datuk Seri Vida ke luar negara memandangkan pasport antabangsa miliknya telah diserahkan kembali oleh mahmakah.

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Datuk Seri Vida Bercerai, Hasilkan Lagu Sendiri Untuk Peminat
  2. Duduk Atas Pusara, Dato’ Vida Dikecam Netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*