Filem J Revolusi berjaya mencatatkan rekod kutipan terbaharu apabila mencecah RM2 juta dalam masa empat hari sejak ditayangkan pada 2 Mac lalu.
BACA: Fazura Mengamuk Gara-gara #KimK
Filem pertama usaha sama Primeworks Studios dan Infinitus Entertainment, sebuah syarikat milik Datuk Sri Robin Tan dan pelakon legenda Hong Kong, Andy Lau, yang amat berpengalaman dalam filem aksi ini tidak menerima sebarang bantuan daripada bintang lagak ngeri (stuntmen) memandangkan pelakon-pelakon dalam filem J Revolusi hebat-hebat belaka. Wow!
“Dari pemerhatian kami di media sosial, para pelakon seperti Zul Ariffin, Izara Aishah, Nur Fazura, Farid Kamil, Azad Jazmin dan juga penampilan khas, Datuk Hans Isaac telah menerima pujian yang baik atas kehebatan lakonan dan lagak ngeri mereka dalam filem ini,” – Ketua Pegawai Eksekutif, Primeworks Studios Sdn Bhd, Datuk Ahmad Izham Omar.
Barisan pelakon seperti Zul Ariffin, Izara Aishah, Nur Fazura dan Farid Kamil melakukan aksi sendiri dengan tunjuk ajar daripada pakar lagak ngeri tempatan, Saiful Reza dan dua orang pengarah lagak ngeri dari Hong Kong.
Khabarnya, filem J Revolusi ini menelan belanja RM3 juta. Mampukah filem J Revolusi ini mengatasi kutipan filem Polis Evo yang mencecah RM 17.74 juta?
Leave a Reply