Awal petang tadi, berita kematian Ary Malik tersebar secara meluas adalah tidak benar.
Namun pada jam 7.17 malam tadi, Ary Malik menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang, Selangor.
Perkara itu disahkan oleh suaminya, Shahrul Nizam Shaharuddin kepada media sebentar tadi.
Punca Ary Malik meninggal dunia kerana kanser ovari yang dihidapinya sejak setahun lepas dan telah dimasukkan ke Hospital Ampang sejak 18 Februari lalu, tetapi keadaannya bertambah kritikal sejak dua hari lalu apabila tidak sedarkan diri.
Jenazah dijangka dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur.
Ary atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Malik sebelum ini pernah melakukan pembedahan yang disangka hanyalah ketumbuhan biasa tetapi tidak menyangka menghidap kanser ovari.
Ary Malik meninggalkan tiga cahaya mata Nur Zoe Iman Malik, Dinda Pelangi Timor Malik dan Ratu Chinta Mecca Malik.
Leave a Reply