Wah! Macam dah jadi trend sekarang ni untuk selebriti Malaysia kot? Sebelum ni Fattah Amin keluarkan buku yang pertama penuh dengan gambar selfie beliau dan kali ini giliran pelawak dan pengacara Nabil Ahmad pula akan mengeluarkan buku mengenai kejayaan dalam kehidupannya.
Selain daripada kisah kejayaan menjadi artis, Nabil turut berkongsi tentang amalan dan pengalamannya sebelum bergelar selebriti.
“Saya ada menulis dan berkongsi tentang pengalaman kehidupan saya sebelum bergelar artis sehingga sekarang, bak kata orang from zero to hero la. Mereka minta apa yang saya amalkan yang membuatkan orang sekeliling berasa senang dengan saya dan antara yang saya kongsi ialah amalan ibu saya sentiasa bersedekah dengan duit yang dia ada kepada orang yang memerlukan”
“Jika ibu saya ada RM10 di tangan dia akan bagi orang yang bersedekah separuh duit yang dia ada, perkara itu juga saya ikut sehingga sekarang,” Nabil Ahmad.
Nabil menjelaskan lagi bahawa buku tersebut terdapat juga cerita mengenai rakan artis lain yang turut berkongsi pengalaman mereka.
“Buku tersebut bukan tentang saya sahaja tetapi juga ada artis lain yang berkongsi pengalaman mereka. Saya juga belum diberitahu tajuk sebenarnya. Tapi saya harap ia dapat membantu dan memberi inspirasi kepada anak-anak muda yang lain,” Nabil Ahmad.
Kalau buku Fattah Amin sebelum ini penuh dengan gambar selfie, adakah Nabil akan memasukkan sekali gambar Nabil cium mulut di Venice yang kena kecam tu di dalam buku tersebut? Whooppss!
Leave a Reply