Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun telah melahirkan bayi perempuan di tepi jalan di hadapan ibunya yang pada mulanya menyangka darah haid keluar dari kemaluan anaknya.
BACA : Pelajar Tingkatan 3 Pengsan Selepas Beranak Dalam Surau
Pada mulanya, remaja tersebut menaiki tren dari Zuzhou ke Taixing untuk melawat ibunya dalam perjalanan yang mengambil masa tiga jam.
Ibu remaja tersebut yang dikenali sebagai Lin bergegas membawa anaknya menaiki bas menuju ke HTR untuk mendapatkan rawatan kerana melihat pendarahan dari kemaluan anaknya.
Tetapi, selepas turun dari bas, remaja itu mengalami kontraksi dan akhirnya bersalin bayi perempuan di tepi jalan.
Terkejut dengan apa yang terjadi, Lin hendak membawa anaknya beredar dari tempat itu dan membiarkan saja cucunya itu ditinggalkan di atas jalan dengan alasan anaknya terlalu muda untuk menjadi ibu dan mereka tidak mampu menyaranya walaupun HTR tidak jauh dari situ.
Pengawal keselamatan HRT dan terus melaporkan kejadian itu kepada polis serta membawa dua beranak itu hospital untuk mendapatkan rawatan.
Pemeriksaan hospital mendapati, bayi itu mengalami lebam di bahagian kepala dan kini sedang dirawat oleh doktor. Uri juga masih berada di dalam rahim remaja berkenaan dan dia akan menjalani pembedahan bagi mengeluarkan uri itu.
Polis yang tiba di lokasi kejadian memberi amaran kepada Lin mengenai perbuatannya yang boleh dikenakan tindakan undang-undang atas tuduhan membuang bayi.
Akhirnya, Lin menerima bayi itu sebagai cucunya dan mahu merancang memberi kehidupan yang lebih baik kepada anak dan cucunya itu.
Leave a Reply