“Dia Nampak Pengasuh Goncang Badan & Ketuk Kepala Bayi…” – Saksi Pembunuhan Adam Rayqal

Sedikit demi sedikit pembunuhan kejam adik Adam Rayqal dirungkai dan kali ini salah seorang kanak-kanak yang dijaga oleh suspek mendedahkan pengasuh mengetuk kepala mangsa kerana asyik menangis.

BACA : Punca Sebenar Kematian Adam Rayqal Sangat Mengejutkan

Perkara ini telah dikongsikan oleh ayah kanak-kanak, Ahmad Zayyan Putra (5tahun) dan Nur Imanina Arisa Putri (3 tahun) yang turut dihantar ke rumah pengasuh terbabit sejak dua minggu lalu.

“ANAK beritahu dia nampak pengasuh goncang badan dan ketuk kepala bayi itu kerana asyik menangis. Beberapa minit kemudian, bayi itu terus senyap,” – Zian Hafiz Ahamad Zawati

Apa yang menghairankan, semasa ibu bapa kanak-kanak lain menjemput anak-anak mereka pada 6,30 petang di hari kejadian, pengasuh itu tidak sedikit pun nampak gelisah atau bingung.

Adam Rayqal Baru Seminggu Dijaga Pengasuh (Suspek)

Ramai yang tidak menyangka mangsa (Adam) dijaga oleh suspek (pengasuh) baru sahaja seminggu dan dalam tempoh tersebut, suspek akan melaporkan melalui Whatsapp keadaan (kemaskini) mangsa setiap jam kepada ibu mangsa.

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*