Pencarian pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang dari imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014 yang lalu telah berakhir.
BACA : Raja Bomoh Kini Diburu JAWI & PDRM, Ghaib Hilang Tanpa Dikesan
Syarikat penerokaan dasar laut dari Amerika Syarikat, Ocean Infinity mengesahkan bahawa misi pencarian bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang telah berakhir.
Ketua Pegawai Eksekutif Ocean Infinity, Oliver Plunkett merakamkan rasa dukacita kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam MH370 dan sangat berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana memberi tawaran dan peluang kepada syarikat tersebut untuk menyambung semula misi pencarian.
Namun, untuk pencarian MH370 yang gagal oleh Ocean Infinity ini tidak dikenakan bayaran memandangkan terma “no cure, no fee,” yang bermakna bayaran hanya akan dibuat apabila serpihan pesawat yang hilang itu ditemukan dan disahkan oleh pihak ketiga.
Leave a Reply