Alangkah terkejutnya doktor apabila mendapati bayi yang sudah ‘mengeras’ terperangkap di dalam perut seorang wanita berusia 60 tahun dari Khartoum, Sudan selama 15 tahun.
BACA : Doktor Temui Lebih 1,000 ‘Black Pearl’ Dalam Hempedu Lelaki Ini Selepas Mengadu Sakit Perut
Kejadian ini berlaku selepas wanita itu sakit dan bengkak pada perut pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan dikongsi oleh seorang netizen menerusi akaun Twitter @Dizzy_zool.
Sebaik tiba di hospital, doktor menjalankan imbasan ultrasound dan CT terhadap wanita itu dan mendapati bayi yang sudah meninggal dunia berada di dalam perutnya.
Sebelum doktor menjalakan pembedahan untuk mengeluarkan bayi tersebut, doktor menjelaskan terlebih dahulu bahawa peluangnya sangat tipis memandangkan wanita itu sudah berusia dan saiz bayi itu agak besar.
Bagaimanapun, selepas menjalankan pemeriksaan lanjut, doktor mendapati bayi tersebut telah dikelilingi oleh jisim yang tebal dan tiada kanser sel atau fibrosis pada bayi tersebut.
Selepas menjalankan pembedahan mengeluarkan bayi tersebut, wanita itu selamat dan ianya dipanggil lithopedion atau ‘kandungan ektopik mengeras’.
Perkara ini berlaku apabila janin mati di luar rahim tapi ia terlalu besar untuk diserap oleh badan dan mengikut sejarah perubatan, hanya ada 300 kes seperti ini pernah berlaku sepanjang 400 tahun kewujudan dunia perubatan.
Doktor Temui Lebih 1,000 ‘Black Pearl’ Dalam Hempedu Lelaki Ini Selepas Mengadu Sakit Perut
Leave a Reply