Sudah pasti ramai yang pening dan terkejut selepas melihat jumlah simpanan akaun bank atau pun perbelanjaan menggunakan kad kredit selepas kebanyakkan kedai online membuat promosi 11.11 pada Isnin lalu.
BACA : Cuba Bunuh Diri, Wanita Lempar Anak Lelaki Dari Tingkat 10 Sebelum Terjun Bersama Anak Perempuannya
Ingatkan di Malaysia sahaja orang yang menantikan jualan 11.11 ni, rupa-rupanya di China lagi hebat apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Zhan membelanjakan lebih 300,000 yuan (RM177,559) dalam tempoh 24 jam itu.
Perbuatan Zhan itu menyebabkan suaminya yang dikenali sebagai Wang amat tertekan lalu bertindak di luar batasan apabila cuba terjun dari bangunan 33 tingkat.
Pihak polis sampai di tempat kejadian selepas menerima laporan daripada orang awam dan dapati Wang dalam keadaan sangat sebak dan terkilan dengan apa yang dilakukan oleh isterinya itu.
Rupa-rupanya, ini bukanlah pertama kali isterinya membelanjakan jumlah yang sebegitu banyak pada jualan 11.11 atau dikenali sebagai Single Day di China.
Menurut Wang, tahun lepas isterinta membelanjakan sehingga 200,000 yuan (RM118,374) dan yang menjadi mangsa untuk membayarnya adalah Wang. Kenalah dengan namanya, ‘Wang’. Heh!
Zhang dikatakan semakin boros selepas mereka menimang cahaya mata pertama tahun lepas, namun isterinya pernah berjanji untuk mengawal sikapnya yang boros, tetapi gagal.
Wang memberitahu kepada pihak polis, dia mengambil keputusan untuk membunuh diri kerana buntu untuk membayar perbelanjaan isterinya itu.
Bagaimanapun, polis mengambil masa setengah jam dan berjaya memujuk Wang daripada bertindak membunuh diri.
Akhirnya, selepas mengambil laporan, Wang dihantar semula kepada keluarganya. Manakala isterinya berjanji untuk membeli barangan secara online lagi.
Sumber : ifeng
Leave a Reply