Gempar baru-baru ini gambar dua pemuda diikat pada pokok kelapa viral di laman sosial Facebook, kerana didakwa mencuri buah kelapa di Sitiawan, Perak selepas ditangkap oleh ketua kampung dan penduduk kampung.
Namun, ada individu yang tampil dan memberi komen mengatakan semua ini adalah salah faham orang kampung kerana sebenarnya dua lelaki berbangsa Melayu itu mengambil buah kelapa terlebih dahulu sementara menunggu tuan empunya pokok kelapa datang.
Sebelum ini, Mohd Yaacob Hashim, 65 tahun, bekas ketua kampung tersebut menceritakan peristiwa terbabit yang berlaku sekitar 10.30 pagi Jumaat lalu bersama beberapa penduduk kampung terus bergegas ke tempat kejadian setelah menerima laporan.
Seterusnya kedua-dua lelaki tersebut diikat pada pokok sementara menunggu polis tiba tanoa memukul atau mencederakan mereka.
Leave a Reply