Cinta itu buta dan kalau dah jodoh tak kan ke mana adalah ungkapan yang biasa kita dengar apabila pasangan yang berkahwin agak tidak sepadan, mungkin.
BACA : Baru Kahwin Dua Bulan, Suami Bakar Isteri Hidup-hidup
Inilah yang terjadi kepada pasangan suami isteri apabila si suami berasal dari Taiwan yang sudah berusia mempunyai isteri yang sangat cantik dan muda berasal dari Vietnam.
Kisah pasangan suami isteri ini menjadi viral apabila gambar-gambar mereka berdua dimuat naik di Facebook dan menjadi perhatian netizen.
Rata-rata netizen tidak percaya bahawa pasangan terbabit adalah suami isteri dan pelbagai soalan diajukan kepada lelaki terbabit serta menyangkal pasangan itu sebenarnya adalah ayah dan anak.
“Saya tidak percaya! Ini pasti ayah dan anak!” – komen salah seorang netizen yang tidak percaya dengan gambar yang dimuat naik.
Sering diajukan soalan bertanyakan usia isteri, akhirnya lelaki itu menjawab persoalan netizen dengan memberitahu usia isterinya yang cantik itu baru saja 26 tahun.
Bagaimanapun, ada juga netizen yang ingin pergi ke Vietnam untuk mencuba nasib seperti pakcik ini. Semoga berjaya! Heh!
Sumber : World Of Buzz
Leave a Reply