Kubur jenazah pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi yang meninggal dunia bulan lalu terpaksa digali semula tengah hari tadi oleh pihak hospital.
BACA : Pelajar Tahfiz Dipotong Kaki Meninggal Dunia Jadi Kes Bunuh
Tujuan pihak hospital menggali semula kubur Thaqif Amin untuk mengambil sampel dari kaki Allahyarham yang dipotong dan disemadikan bersebelahan dengan jenazah dan disaksikan oleh bapa saudara dan datuk kepada Allahyarham, Mas Ariff dan Ahmad Motai petang semalam.
Bukan hanya datuk dan bapa saudara Allahyarham sahaja menjadi saksi, malah dari mahkamah, Jabatan Agama Islam dan banyak lagi jabatab-jabatan lain turut menjadi saksi.
Bapa saudara Allahyarham menjelaskan pihak hospital hanya mengambil sampel daripada bahagian kaki yang dipotong.
Leave a Reply