Karikatur ‘Akta Monyet’ – KDN Beri Nanyang Surat Tunjuk Sebab

Isu karikatur ‘Akta Monyet’ yang dianggap biadab baru-baru ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akhirnya memanggil ketua pengarang akhbar harian Nanyang Siang Pau Sdn. Bhd. hari ini.

Sebelum ini, kartun dua ekor monyet yang merujuk kepada Abdul Hadi dan Pandikar yang diterbitkan oleh akhbar Nanyang Siang Pau seolah-olah mempersendakan institusi Parlimen dan agama Islam kerana RUU 355 yang digambarkan dalam karikatur itu adalah jelas berkait dengan hal ehwal agama Islam.

Sehubungan dengan isu itu, satu surat tunjuk sebab yang bertarikh hari ini (11 April 2017) telah dikeluarkan kepada pihak penerbitan akhbar harian Cina berkenaan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.

Penerbit Nanyang Siang Pau Sdn. Bhd. juga diberi tempoh tiga hari untuk menjawab surat tunjuk sebab ini dan tindakan selanjutnya akan diambil berdasarkan peraturan serta prosedur yang telah ditetapkan.

Walaupun akhbar cina itu telah membuat permohonan maaf secara terbuka semalam dan menyatakan karikatur yang disiarkan menerusi laman web berita di eNanyang.my telah ditarik balik, kira-kira 300 penyokong PAS berhimpun protes di luar ibu pejabat Nanyang Siang Pau di Petaling Jaya, Selangor pada pagi tadi untuk mendesak KDN mengambil tindakan tegas.

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*