Ditinggal Kekasih, Lelaki Ini Telan Pelbagai Ubat Sebelum Toreh Pergelangan Tangan

Terlampau sayang kepada kekasih, seorang lelaki sanggup mencabut nyawanya sendiri dengan menoreh pergelangan tangan kirinya dengan menggunakan pisau.

Sebelum menoreh tangan, lelaki ini didakwa menelan pelbagai jenis ubat untuk membunuh diri. Mungkin merasakan dirinya belum mati, lelaki ini seterusnya menoreh pergelangan tangannya dengan harapan nyawanya akan tamat.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 2 pagi di rumah lelaki tersebut di tingkat 10, Kondominium Warisan City View, Kualau Lumpur.

Rakan mangsa yang terkejut dengan tindakan lelaki tersebut terus membuat panggilan kecemasan dan mendakwa lelaki tersebut cuba membunuh diri selepas menemui mangsa dalam keadaan terbaring di atas katil dan tidak sedarkan diri.

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*