Sudah pasti ramai di kalangan kita pernah menjadi mangsa peniaga online yang tidak jujur untuk lebih dikenali sebagai scammer. Biasanya kes sebegini melibatkan wang ratusan ringgit, malah baru-baru ini melibatkan ratusan ribu ringgit iaitu kes penipuan iPhone 5 Refurbished yang hanya berharga RM199 sahaja.
BACA : Anak Jatuh Dari Tingkat 2, Ibu Leka Main Handphone
Begitu juga dengan lelaki ini yang berkongsikan di laman sosial Facebook mendedahkan pernah ditipu oleh seorang scammer 3 tahun lepas atas urusan pembelian handphone Samsung Alpha melalui laman web jual beli terbesar di Malaysia iaitu mudah.my.
Lelaki yang dikenali sebagai Ridzuan Harun mendedahkan perbualannya dengan scammer melalui aplikasi Whatsapp yang menipunya 3 tahun lalu merayu dengannya supaya laporan polis ditarik balik ;
Scammer tersebut mengatakan Bank Negara Malaysia (BNM) telah menyekat semua akan bank miliknya atas kesalahan menipu walaupun kes tersebut 3 tahun yang lepas lamanya.
“Bukan nak mengaibkan, cuma sebagai pengajaran kepada scammer di luar sana. Selepas tiga tahun, dia cari aku semula dan suruh aku tarik balik laporan polis.
“Apa yang patut aku buat? Bank Negara dah sekat semua akaun bank dia,” – Ridzuan Harun.
Tujuan Ridzuan mendedahkan bukti scammer ini bukanlah untuk mengaibkan sesiapa, cuma untuk menjadi pengajaran dan peringatan kepada kaki scammer di luar sana yang masih belum merasai keperitan apabila akaun bank anda disekat oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Jadi, kepada sesiapa yang di luar sana pernah kena tipu atau akan ditipu oleh peniaga online nanti, cepat-cepatlah buat laporan polis. Walaupun kesan atau khabar gembiranya memakan masa yang lama.
Leave a Reply