Cindy Ng Tetap Mengaku Tidak Bersalah Sebabkan Kematian

Cindy Ng atau nama sebenar Ng Pei Ven, remaja perempuan yang memandu melawan arus minggu lalu, mengaku tidak bersalah buat kali kedua bagi pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian.

BACA : Kronologi Cindy Ng, Remaja Memandu Lawan Arus Sebabkan Kematian

Cindy Ng minta dibicarakan atas tuduhan Seksyen 44 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani menetapkan 12 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes selepas menetapkan ikat jamin RM10,000 dan Majistret Jamaliah Abd Manap kemudian membenarkan remaja itu dikenakan ikat jamin RM7,000 dengan dua penjamin.

 

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*