Pakistan Kurang Ajar Tanya Soalan Lucah Kepada Isteri Orang Hampir Mati Kena Belasah

Pasti ramai yang tahu dengan majoriti perangai lelaki warga Pakistan yang suka menggangu wanita, tak kira belum bersuami mahu pun isteri orang.

Semalam seorang lelaki warga Pakisan dibelasah orang awam dengan teruk sebelum ditahan polis dalam di Simpang Tiga Kedai Mulong, Kota Bharu selepas mengganggu seorang wanita yang merupakan isteri orang dan memukul adik kepada wanita tersebut.

Wanita yang berusia 32 tahun pada mulanya berhenti di sebuah Kedai Runcit 24 untuk membeli barangan dan membuat bayaran. Lelaki Pakisatan yang bekerja sebagai penjaga kaunter bertanyakan soalan lucah kepadanya dan menunjukkan isyarat lucah dengan jari kelingking serta membuat perbandingan dengan suami mangsa.

Mangsa tidak mengendahkannya terus menaiki kereta dan memberitahu adiknya yang berusia 20-an sebelum adiknya itu turun dan memberi amaran kepada suspek supaya tidak mengganggu kakaknya tetapi lelaki Pakistan tidak mengaku dan berlaku pergelutan dan mengeluarkan kayu serta memukul adik wanita tersebut.

Selepas kejadian, adik mangsa sekali lagi datang ke kedai yang sama dan memberi amaran lelaki Pakistan itu supaya tidak melakukan gangguan seksual terhadap mangsa serta orang lain.

Tetapi lelaki Pakistan itu terus mengamuk dan terus mengambil pisau dari bawah meja, namun sempat ditahan adik mangsa.

Orang kampung yang melihat kejadian berlaku tersebut membantu adik mangsa dan membelasah suspek sebelum menangkapnya serta menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Akhirnya lelaki Pakistan itu ditahan polis dan disiasat mengikut Seksyen 324 kerana menyebabkan cedera dan Seksyen 509 kerana menunjukkan isyarat yang mengaibkan kehormatan orang lain.

TehPanas – Setengah perempuan Malaysia ni pun minat kat Pakistan sebab macam Shahrukh Khan katanya…

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*