Gara-gara menyeludup masuk air ketum ke Singapura, lapan lelaki Malaysia berdepan hukuman penjara 30 tahun dan 15 sebatan jika sabit kesalahan tersebut.
BACA : Kereta Bawa Ketum Rempuh Treler, Penumpang Maut & Pemandu Lari
Kesemua mereka ditahan pihak berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) dalam beberapa siri tangkapan di Kompleks Kastam dan Imigresen (KIK) Woodlands, Singapura.
(Gambar Hiasan) Ketum yang sudah diproses menjadi minuman
Memetik laporan Harian Metro, lapan lelaki Malaysia berusia 21 tahun hingga 47 tahun itu ditahan menerusi beberapa siri tangkapan pada September 2019 ketika cuba membawa masuk lebih empat liter cecair dipercayai ketum.
(Gambar Hiasan) Daun ketum yang belum diproses
Semua rampasan air ketum dan barang peribadi mereka diserahkan kepada Biro Narkotik Pusat (CNB) untuk siasatan lanjut.
Leave a Reply