Minggu lalu berita wang RM2 juta dilarikan bersama van pengawal keselamatan ternyatalah lakonan semata-mata oleh 4 orang pengawal keselamatan itu sendiri.
Ternyata lakonan mereka gagal apabila 2 orang pengawal keselamatan itu masing-masing dipenjara lapan tahun dan tujuh sebatan oleh Mahkamah Sesyen Petalin Jaya semalam atas tuduhan pecah amanah.
Dua pengawal keselamatan tersebut, Kassim Taysing dan Adrin Jalil mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan dan mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan bermula dari tarikh ditangkap iaitu 27 Oktober lalu.
Tapi yang untung dua rakan mereka yang masih bebas membawa lari wang RM1,843,242.20 milik Syarikat Safeguard G4S Sdn Bhd itu.
Leave a Reply