Seorang wanita warga China yang memiliki MyKad yang kantoi semasa memohon pasport negara baru-baru ini membongkar segala misteri lebih 1,000 warga asing yang memiliki MyKad sah dan dipercayai masih berada di Malaysia.
BACA : Jual MyKad RM350,000 Kepada Warga China, Pegawai Kerajaan Berpangkat Tinggi Direman Polis
Lebih mengejutkan apabila jumlah tersebut direkodkan hanya bagi tempoh Januari hingga Mei dan tidak bagi tahun sebelumnya.
Pihak berkuasa menerima maklumat bahawa semua lelaki dan wanita warga asing ini datang dari beberapa negara dan memiliki MyKad sah yang dikeluarkan segelintir individu pengkhianat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang bersubahat dengan sindiket.
“Berdasarkan siasatan beberapa jabatan berkaitan susulan penahanan 20 individu sejak dua bulan lalu, ribuan MyKad sah ini bukan saja dikeluarkan di Pulau Pinang, malah di beberapa negeri lain.
“Sindiket ini bijak beroperasi dan mempunyai langkah keselamatan sekiranya operasi mereka gagal atau penipuan mereka dikesan,” – Sumber.
Wanita warga China yang kantoi tempoh hari sebenarnya tidak datang ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri berseorangan, malah bersama beberapa wanita warga asing lain yang memiliki MyKad sah.
Apabila melihat wanita terbabit gagal memperdaya anggota dan pegawai yang bertugas bagi mendapatkan pasport, semua wanita yang datang bersamanya melarikan diri.
Menurut sumber, kumpulan wanita yang melarikan diri ini adalah antara 1,000 warga asing yang masih berada di dalam negara dan sedang mencari jalan untuk keluar atau terus bersembunyi di negara ini.
Malah, kumpulan wanita yang berjaya melarikan diri ini akan mencuba nasib memohon pasport di cawangan JIM lain seluruh negara.
Sumber mendedahkan lagi, sindiket akan menyediakan runner bagi membantu memberi tunjuk ajar atau perantara antara mereka dengan pihak berkuasa.
Kejayaan memberkas 20 individu termasuk seorang pegawai di JPN Pulau Pinang kerana dipercayai terbabit dengan penjualan MyKad sah dan dokumen kelahiran baru-baru ini adalah permulaan kepada pendedahan yang lebih besar sindiket jenayah terancang ini.
Menurutnya, semua warga asing yang membeli MyKad sah ini bukan individu biasa, ia kerana wanita warga asing yang diberkas pada 16 Mei lalu mampu menyewa sebuah pangsapuri dengan harga hampir RM100,000 satu malam.
Mereka juga mempunyai niat tidak baik di negara ini dan menjadikan Malaysia sebagai tempat menjalankan operasi haram dan dipercayai selepas memiliki MyKad dan pasport Malaysia mereka bebas bergerak dan melarikan diri jika diburu pihak berkuasa menggunakan identiti lain.
Sumber : Harian Metro
Jual MyKad RM350,000 Kepada Warga China, Pegawai Kerajaan Berpangkat Tinggi Direman Polis
Leave a Reply